Monday, October 14, 2013

Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk



Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.

Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:

1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.

2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.

3- Lebihkan memakan ikan.

4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.

5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.

6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.


 Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin

Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:

1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.

2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;

i ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai
mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
ii ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik
nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Petua : Menguatkan Zakar

Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda


Petua : Lelaki lambat keluar air mani

Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya.. insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.


Petua : Menguatkan Dan Membesarkan Zakar

Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah.

No comments:

Post a Comment