Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan
samada serta merta atau untuk jangka masa panjang. Pelbagai petua
pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga
kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal
tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
- Jangan amalkan minum air batu kerana ia
mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang
zakar mudah terasa ngilu bila berjima’. Batang zakar haruslah sentiasa
panas kerana aliran darah yang lancar.
- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum
air setelah selesai makan nasi sekurang-kurangnya tasbih pendek 100x,
melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
- Jangan amal makan makanan bersifat sejuk
atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair
dan terpancut awal.
- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang
kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi,
minum hanya setelah +-15 minit lepas suapan terakhir.
- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan
nafas dan teguk. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah dan tidak
cukup nafas ketika jima’.
- Elakkan minum air ketika badan sedang
panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu,
sejukkan badan kemudian baharulah minum air.
- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan terlebih dahulu.
- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
- Elakkan dari buang air ditempat air
bertakung, jika boleh pancutkan air kencing di atas tempat yang keras.
Dan carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
- Jangan biarkan isteri menindih zakar
ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana
waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk
akan membantutkan aliran darah dan melemahkan zakar.
- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari
jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina
kembali tenaga batin.
- Jangan jima’ ketika berada di dalam air.
- Jangan terus minum air selepas jima’, rehat terlebih dahulu 15 minit.
- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan
kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Dan duduk di dalam posisi yang
tegak dan betul terutamanya ketika memandu jauh.
- Jangan biarkan zakar terendam di dalam faraj begitu lama selepas klimaks.
No comments:
Post a Comment